Ku kembali keruangan ini

6 07 2010

Salam buat semua… Petang ini aku terpanggil keruangan ini…. Hanya disinilah tempatku meluahkan apa yang tersimpan di sudut hati ini…  Tiada lagi insan yang akan mengerti apa yang ku rasa… apa yang ku harap. Biar kulepas bicara hati di sini… Disini tiada yang terasa, tiada yang akan berkecil hati, hanya aku yang tahu …

Biarkan deraian air mata ini gugur kebumi… Hanya tuhan yang mengerti… Betapa aku mengharap.. betapa aku menyayangimu hingga kini..  Ku tak akan mengganggu mu lagi… Dari kejauhan ini hanya doa ku iring.. ku korban rasa  ku korbankan kasih untukmu.. Ku pujuk diri ini demi kasih.. demi sayang.. kuredha atas segala.. mungkin dirimu bukan untuk ku..

Ya Allah berikan aku kekuatan untuk aku terus melangkah… Kembalikan diriku disisiMu, kembalikan aku pada cintaMu yang abadi, kembalikan kedamaian ku dengan Mu, kembalikan keindahan ku dgn Mu… Lupakan diriku pada dia… Ya Allah engkau yang lebih tahu derita hidupku… Keluarkan lah aku dari keperitan dan kedukaan ini!!!!!!!!!!





6 07 2010

Bila dalam hati ada cinta…

indahkan.. serasa dunia ini kita yang punya…

terasa diri di awang-awangan pun ada…

rasa nak senyum pada semua orang…

hebatkan kuasa cinta…

Bila dalam hati ada cinta…

walau hati dilukai…seribu kali pun…

walau hati sering disakiti…

tetapi kite tetap masih nak mempertahankan cinta itu…

anehkan….

Bila dalam hati ada cinta…

walau perit…pedih dikhianati…

tapi tetap masih ade rindu…

masih ade sayang…malah makin kuat…

kelirukan dengan perasaan sebegini….

Bila dalam hati ada cinta…

walau dimulut kata benci…….

tapi dalam hati lain…

ia memberontak…menangis…

kerana sayang itu terlalu dalam… teramat…

hipokritkan…

Bila dalam hati ada cinta…

jiwa rasa tenang dan damai bagi mereka yang pandai menghargai cinta…

tapi…

jiwa rasa tidak tenteram & kosong…

bagi mereka yang tidak pandai menghargainya…

bak kata pujangga…

cinta itu suci…

Adakah kita pandai menghargai perasaan tulus anugerah Ilahi ini?

Segalanye akan terungkai bila dalam hati ada cinta








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.