Salam buat semua… Petang ini aku terpanggil keruangan ini…. Hanya disinilah tempatku meluahkan apa yang tersimpan di sudut hati ini… Tiada lagi insan yang akan mengerti apa yang ku rasa… apa yang ku harap. Biar kulepas bicara hati di sini… Disini tiada yang terasa, tiada yang akan berkecil hati, hanya aku yang tahu …
Biarkan deraian air mata ini gugur kebumi… Hanya tuhan yang mengerti… Betapa aku mengharap.. betapa aku menyayangimu hingga kini.. Ku tak akan mengganggu mu lagi… Dari kejauhan ini hanya doa ku iring.. ku korban rasa ku korbankan kasih untukmu.. Ku pujuk diri ini demi kasih.. demi sayang.. kuredha atas segala.. mungkin dirimu bukan untuk ku..
Ya Allah berikan aku kekuatan untuk aku terus melangkah… Kembalikan diriku disisiMu, kembalikan aku pada cintaMu yang abadi, kembalikan kedamaian ku dengan Mu, kembalikan keindahan ku dgn Mu… Lupakan diriku pada dia… Ya Allah engkau yang lebih tahu derita hidupku… Keluarkan lah aku dari keperitan dan kedukaan ini!!!!!!!!!!
Menarik sungguh kata kata mu itu. Pada malam tak berlagu ,pada bintang tanpa cahaya kau harungi badai jiwa mu dan mungkin disini tempatmu meluah rasa menyampai duka.Teman andailah kau tahu bahawa hati manusia ini bukan hanya kuat kerana doa tetapi jua kecekalan menjadi punca kemenangan.Sekali lagi ,indah sungguh bahasa mu wahai teman.
Terima kasih teman.. baru kuteliti komen yang ditulis.. Disinilah tempat kulakarkan bicara hati.. Rasa puas bila segalanya kuluahkan disini… Ku tak sakiti sesiapa…Disinilah tempat meluah rasa menyampai segala duka…
Terimakasih teman… Ku akur.. kekuatan sebenar adalah kekuatan hati.. hanya ini yang kumiliki!