Bila hati terluka

4 09 2010

Puas ku pendam atas segala yang terjadi…membisu lebih baik dari berkata-kata.. Ya ALLAH.. kuatkan hati ini, pelihara diri ini dari tindakan yang diluar kawalan diri… Jadikan hati ini hati yang sabar, hati yang sentiasa mengingati Mu, merindui cintaMu, Hati yang sentiasa berzikir padaMU….





DOAKU

4 09 2010

YA ALLAH … DOAKU

Ya Allah…Seandainya telah kau catatkan

Dia milikku tercipta buatku

Satukanlah hatinya dengan hatiku…

Titipkanlah kebahagiaan antara kami

Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…

Ya Tuhanku yang maha mengasihani

Seiringkanlah kami melayari hidup ini

ke tepian yang sejahtera dan abadi

Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…

Seandainya telah kau takdirkan

Dia bukan milikkuBawalah dia jauh dari pandanganku

Luputkanlah dia dari ingatanku

Dan peliharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah…

Ya Tuhanku yang maha mengerti

Berikanlah aku kekuatan

Menolak bayangannya jauh ke dada langit

Hilang bersama senja nan merahAgarku sentiasa tenang

Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah…

Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku

Di dunia dan di akhirat

Dengarlah rintihan hamba mu yang dhaif ini

Janganlah Engkau birkan aku sendirian

Di dunia mahupun di akhirat

Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan an kemungkaran

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman

Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup

Ke jalan yang Engkau redhai

Dan kurniakanlah kepada kami

Keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…

Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan di akhirat

Dan peliharalah kami dari azab api neraka…

Amin…Amin Ya Rabbal A’lamin…








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.