"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat, Aku memperkenankan permintaan orang yang meminta, apabila ia meminta kepadaKu, oleh sebab itu, perkenanlah seruanKu dan berimanlah kepadaKu, supaya mereka menempuh jalan yang lurus" (Al-Baqarah:186)
اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ لِسَانًا رَطِبًا بِذِكْرِكَ، وَقَلْبًا مَفْعُمًا بِشُكْرِكَ، وَبَدَنًا هَيِّنًا لَيِّنًا بِطَاعَتِكَ، اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ إِيْمَانًا كَامِلاً، وَنَسْأَلُكَ قَلْبًا خَاشِعَا، وَنَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَنَسْأَلُكَ يَقِيْنًا صَادِقًا، وَنَسْأَلُكَ دِيْنًا قَيِّمًا، وَنَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ مِنْ كُلِّ بَلِيَّـةٍ، وَنَسْـأَلُكَ تَمَامَ الغِنَى عَنِ النَّاسِ .
Ya Allah, kurniakanlah kepada kami lidah yang lembut basah kerana mengingati dan menyebut namaMu, hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu dan tubuh badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu. Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap. Ya Allah, kurniakanlah kami (Din) cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari segala mara bahaya dan petaka. Kami mohon, ya Allah, kecukupan dari segalanya sehingga tidak sampai kami terpaksa meminta-minta dari orang lain.