7 05 2008

Sebaik-baik Teman Adalah Hati

“Nasihat yang paling baik bukan nasihat yang boleh dicatat dalam buku sejarah tetapi nasihat yang boleh merubah anda”

Jika anda tanya diri sendiri anda tentu akan mendapat jawapannya. Tetapi jika anda bertanya secara lebih jujur anda tentu akan mendapat jawapan yang berbeza. Bertanya pada diri sendiri membangkitkan dua jawapan satu bersumberkan hati kecil dan satu lagi bersumberkan hati besar.
Hati besar akan berkata, “Ah, persetankanlah. Aku bukan baru setahun dua dalam bidang ni. Kalau aku kena pecat pun, aku boleh kerja di mana-mana saja. Setakat kerja di sini apa sangat.”

Jika hati kecil yang ditanya, jawapannya mungkin berbeza. “Alamak, kalaulah betul aku dipecat, memang boleh dapat kerja lain, tapi senangkah nak dapat? Umur dah lanjut, siapa nak ambil orang tua bekerja?”

Diri anda adalah sahabat anda yang paling baik. Tatkala semua orang menolak anda, hati kecil anda masih di situ. Dialah teman tatkala sunyi, tatkala kebinggungan, tatkala gagal mengawal marah, tatkala gembira, ceria mahupun bersedih.

Orang lain mungkin boleh memberikan nasihat yang terbaik, tetapi anda sendiri lebih tahu apakah nasihat yang paling baik. Terbaik bagi orang belum tentu terbaik bagi anda. Dalam soal ini anda hanya memerlukan teman bicara, dia adalah hati kecil anda sendiri.

Bertanyalah diri sendiri sebab ia sahabat paling setia. Tanyakanlah hati kecil supaya mendapat jawapan yang lebih jujur. Hati besar biasanya penuh dengan ego. Namun, bukan bermakna hati besar tidak berguna, di situlah letaknya booster motivasi. Tanpa ego seseorang lebih rela hidup daif konon takut riak, sombong dan takbur, padahal pemalas. Ego menolak manusia membuktikan sesuatu melangkaui batas keupayaan dia yang sebenar. Itu baik, itu perlu, itu penting.

Orang lain mungkin boleh menjadi sahabat kepada anda, tetapi ingat, diri anda sendiri adalah sahabat yang lebih memahami. Jurunasihat terbaik diri anda adalah diri anda sendiri, lantaran dia lebih memahami anda, dia lebih mengetahui kelebihan dan kekurangan anda. Orang lain mungkin boleh memberikan nasihat terbaik tetapi diri anda sendiri yang mengetahui sama ada nasihat-nasihat itu sebenar-benarnya baik untuk anda. Bukan semua nasihat yang baik itu dapat dilaksanakan, lantaran anda sahaja yang mengetahui apakah ia sesuai, tepat dan mampu anda gemblengkan tenaga ke arahnya.

Nasihat yang paling baik bukan nasihat yang boleh dicatat dalam buku sejarah tetapi nasihat yang boleh merubah anda. Ia mungkin mudah, tetapi cukup berkesan untuk anda. Ia mungkin nasihat-nasihat biasa, tetapi anda mampu melaksanakannya.

Buku bukan dinilai pada ilustrasi kulit tetapi apa yang terkandung di dalamnya. Manusia bukan dinilai pada wajah dan pakaian tetapi apa yang tersimpan di dalam hatinya. Kebijaksanaan dinilai pada tindakan bukan apa yang berlegar dalam fikiran.

Ramai orang menjadi gagal kerana terlalu mengikut rasa hati. Itu berbeza dari suara hati. Rasa hati kerap dibaur oleh rasa tidak puas, rasa tidak dipeduli, malah rasa sakit, sedangkan suara hati adalah teman berbual terutama tatkala anda rasa kesunyian. Suara hati selalunya lebih jujur dalam memperkatakan sesuatu. Apabila ia memberikan pandangan biasanya pandangan itu mengambil kira semua kekurangan dan kelebihan anda. Maka ia adalah sebaik-baik teman.

Suara hati adalah terbaik untuk menentukan hala tujuan. Sama ada yang besar atau yang kecil, kedua-duanya tetap teman. Anda boleh mendapatkan pandangan dan pendapat orang lain, namun bermuafakatlah dengan diri sendiri tatkala hendak menentukan arah tujuan.





Suratan atau kebetulan

20 04 2008
Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan
Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati
Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus
Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan




18 03 2008

Hidup….
Tidak selalunya dihiasi dengan yang indah dan manis…
 
Warnanya…..
tidak jua selalu ceria dan cantik…..
kadang-kadang tu ada juga warna suram mewarnai kehidupan….
tak kurang juga warna-warna ceria yang pastinya sentiasa jadi dambaan….

Jika diberi pilihan,
pastinya yang ceria,
indah dan manis-manis saja jadi pilihan,
hinggakan terkadang terlupa pada janji pencipta… yang satu itu…
hidup manusia perlu diuji…..
perlu ada pelbagai warna…perlu ada pelbagai rasa…

Warna ceria….pastinya membahagiakan……
bisa membuat hati tersenyum…..manis sekali…
terasa tak ingin membiarkannya berlalu pergi….

Warna suram…..ingin lari jauh darinya…..
hadirnya kadangkala mengundang resah,
tak kurang juga kadangkala mengundang gerimis dihati….
Warna ceria…warna suram….biarlah ia singgah di sini….mewarnai kanvas kehidupan….
masakan lukisan ini hanya satu warna sahaja…
biarlah warna-warna ceria dan
suram ini saling mewarnai hidup ini….kitalah yang
diamanahkan untuk mengatur warna-warna ini sebaiknya…
agar jalinan warna pelbagai rasa gembira, sedih, bahagia,
sengsara, sakit, lapang, duka dan sebagainya
ini menjadi satu lukisan hidup yang
cukup menarik dan indah untuk disimpan, apatah lagi untuk ditatap dan dikenang dikemudian hari..….





18 03 2008





15 03 2008





Erti Persahabatan

14 03 2008

Bertemu dan berpisah ibarat sebuah cerita yang tiada hentinya selagi kita masih bernafas di dunia ini. KAWAN umpama pasiran di tepian pantai yang sentiasa berubah apabila datangnya ombak, namun SAHABAT adalah antara butiran pasir di pantai yang berkilau tanpa kita sedari adalah seorang yang mampu menyinari kehidupan ini.

Hargailah yang satu itu kerana kilauannya bukan mudah kita miliki namun ianya antara yang mampu memberi cahaya kecerian dalam hidup ini. SEPI ITU INDAH namun kesepian tanpa sahabat bagaikan dunia yang sunyi dan gelap gelita





13 03 2008

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.





12 03 2008

Dunia ini adalah terlalu besar jika diukur dengan kita yang kerdil …
Hidup ini adalah terlalu singkat jika dibandingkan dengan usia yang masih panjang …
Tenaga ini adalah amat terbatas jika dibandingkan dengan kewajipan yang sangat berat …
Alangkah banyak masa yang terbuang sia sia …
Jika difikirkan dari tenaga yang dipergunakan untuk soal remeh serta bukan pada tempatnya …

Orang yang ilmunya sedikit seringkali menyangka dirinya mengetahui semua perkara….
Sedangkan orang yang luas pandangannya serta luar ilmunya seringkali merasa kekurangan …
Seringkali manusia jadi ALPA dari pengajaran demia pengajaran kerana terlalu cinta pada dunia melebuhi cinta padaNya ….
Seringkali manusia berbuat dosa kerana nafsu dan pesona …

Oleh itu ….
Renungkanlah sejenak wahai teman ….
Secebis pengajaran moga barakah ..!!
Sesungguhnye hidup ini bagaikan ranjau kehidupan dan kehidupan ini juga bagaikan lautan yang tiada
tebing ..

 





7 03 2008

Cinta amat mahal takrifnya… Itulah fitrah Tuhan kepada hambanya… Cinta tidak hanya tertulis pada perkataan, ia juga tak dapat dilihat pada zahirnya, kerana cinta itu satu tanggungjawab dimana wujudnya kesetiaan dan kejujuran di dalamnya..

Dan….

CINTA itu iradat Tuhan, dikirimNya ke dunia supaya tumbuh. Kalau dia terletak di atas tanah yang lekang dan tandus, tumbuhnya akan menyeksa orang lain. Kalau dia datang kepada hati yang keruh dan budi yang rendah, dia akan membawa kerosakan. Tetapi jika dia hinggap kepada hati yang suci, dia akan mewariskan kemuliaan, keikhlasan dan taat kepada Ilahi





6 03 2008

kadang-kadang…
seseorang itu hadir dalam hidup kita
hanyalah sekadar untuk memberi pengalaman….
dan dia tetap berlalu pergi….
meskipun kita inginkan dia
sebagai peneman di masa hadapan….
 








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.